Dah lama teringin chocolate chip cookies . Berkurun. Ni baru dapat buat. mehhh. Cookies ni i belajar dr aunt recipe dari US. Bila teringin baru buat yalaa nak buat selalu takde masa . Last time buat masa wedding haritu, acah2 nak buat untuk tetamu then buatlah beribu2 cookies siap ada yang lemau lah sebab nak buat cepat sangat haahaaa.Masuk balang cepat sangat memang lemau.
Simple je recipe cookies ni. Sedap , tak terlalu manis. Nak buat pun campak2 je, itu yang ahkak suka sangat mihmih.
Bahan-bahan
- 2 buku butter
- 1 1/2 cawan gula putih
- 1 1/2 cawan gula perang
- 1 sudu besar emplek
- 1 sudu besar esen vanilla
- 1 sudu kecik baking powder
- 3 biji telur kuning sahaja
- 1 cawan kacang ( additional je, xnak telak pun xpe. I tak letak kacang sebab my son Adam allergic to kacang)
- 5 cawan tepung
- 1 paket chocolate chip
STEP 1
- 2 buku butter
- 1 /1/2 cawan gula putih
- 1 1/2 cawan gula perang
- 3 biji telur kuning
Masukkan butter yang sudah lembut, bukan butter yang baru keluar dari peti ais tu jenuh lah na kacau sampai sebati butter keras macam batu hahaa. Kacau je 3 bahan butter, 1 1/2 cawan gula putih , 1 1/2 cawan gula perang sampai sebati sampai gula2 tu dah hancur dan kembang ! Masukkan telur kuning.
kacau sampai sebati je dah. Takyah lebih2.
STEP 2
Masukkan 1 sudu kecik baking powder
1 sudu besar emplek
1 sudu besar esen vanilla
Masukkan 1 sudu kecik baking powder, 1 sudu kecik emplek, 1 sudu besar esen vanilla dah gaul sampai sebati. Done, move kepada step 3.
STEP 3
masukkan1 cawan kacang
Masukkan 1 cawan kacang. Kacang ni sukahati la korang nak guna kacang apa. Ada banyak jenis kacang.
- badam
-gajus
I suka kacang yang simple je . Nak masuk 2 ke 3 jenis kacang pun takpe. Tapi i tak letak sebab Adam allergic to kacang.
STEP 4
masukkan 5 cawan tepung . Satu persatu cawan .
Masukkan 5 cawan tepung , gaul sampai rata. Gaul guna tangan pun boleh. Kalau malas , guna la mesin mixer tu tapi masalahnya lepas dah settle tu malas nak cuci mixer punya kepala tu kan berlekuk2 hahaaa .
Adam yang gaul niii.
STEP 5
Masukkan 1 paket coklat chip
Last step masukkan chocolate chip. Chocolate chip ni paling last masuk. jangan masuk awal2 nanti hancur! Sepaket chocolate chip, takleh banyak2 sebab nanti cookies korang akan manis sangat.
Adunan ni korang akan dapat dalam 200 biji cookies.
STEP 6
Amik loyang, sapu butter. Then cuit cuit je size 10 sen tiap satu. MAcam kecik kan , tapi nanti dah bakar dia akan kembang. Then kecik2 camni akan jadi rangup and elok2 je masuk mulut korang krap krup krap. Jangan cuit besar2 sebab nanti lambat masak and ada bahagian dalam yang lemau.
Bakar. Panaskan oven dengan 250 darjah. Then oven dah panas betul2, masukkan loyang. Bakar dalam 15 to 20 minutes . Loyang pertama korang pantau2 dulu, agak dah warna perang...tu dah masak lah. Sebab oven lain2 so kadang lain masa masak tu. Mana tau oven canggih 1 saat je siap haha.
Then wallah dah siap. Tak manis sangat, risiko kencing manis tak begitu tinggi hihihhhh.
Warna perang macam ni.dah masak. Then tunggu sejuk , baru masuk balang !
Senang je kan.
Toodles !
Tidak ada komentar:
Posting Komentar