Senin, 18 April 2016

Resepi Chocolate Chip Cookies

Hi

Dah lama teringin chocolate chip cookies . Berkurun. Ni baru dapat buat. mehhh. Cookies ni i belajar dr aunt recipe dari US. Bila teringin baru buat yalaa nak buat selalu takde masa . Last time buat masa wedding haritu, acah2 nak buat untuk tetamu then buatlah beribu2 cookies siap ada yang lemau lah sebab nak buat cepat sangat haahaaa.Masuk balang cepat sangat memang lemau.


Simple je recipe cookies ni. Sedap , tak terlalu manis. Nak buat pun campak2 je, itu yang ahkak suka sangat mihmih. 





Bahan-bahan


- 2 buku butter

- 1 1/2 cawan gula putih

- 1 1/2 cawan  gula perang

- 1  sudu besar emplek


- 1 sudu besar esen vanilla

- 1 sudu kecik baking powder

- 3 biji telur kuning sahaja


1 cawan kacang ( additional je, xnak telak pun xpe. I tak letak kacang sebab my son Adam allergic to kacang)


- 5 cawan tepung


1 paket chocolate chip



STEP 1

- 2 buku butter

- 1 /1/2 cawan gula putih
- 1 1/2 cawan gula perang
- 3 biji telur kuning




Masukkan butter yang sudah lembut, bukan butter yang baru keluar dari peti ais tu jenuh lah  na kacau sampai sebati butter keras macam batu hahaa. Kacau je 3 bahan butter, 1 1/2 cawan gula putih , 1 1/2 cawan gula perang sampai sebati sampai gula2 tu dah hancur dan kembang ! Masukkan telur kuning.



kacau sampai sebati je dah. Takyah lebih2. 




STEP 2

Masukkan  1 sudu kecik baking powder

1  sudu besar emplek
1 sudu besar esen vanilla




Masukkan 1 sudu kecik baking powder, 1 sudu kecik emplek, 1 sudu besar esen vanilla dah gaul sampai sebati. Done, move kepada step 3.



STEP 3
masukkan1 cawan kacang

Masukkan 1 cawan kacang. Kacang ni sukahati la korang nak guna kacang apa. Ada banyak jenis kacang.


- badam

-gajus

I suka kacang yang simple je . Nak masuk 2 ke 3 jenis kacang pun takpe. Tapi i tak letak sebab Adam allergic to kacang. 





STEP 4


masukkan 5 cawan tepung . Satu persatu cawan .




Masukkan 5 cawan tepung , gaul sampai rata. Gaul guna tangan pun boleh. Kalau malas , guna la mesin mixer tu tapi masalahnya lepas dah settle tu malas nak cuci  mixer punya kepala tu kan berlekuk2 hahaaa .



Adam yang gaul niii. 





STEP 5

Masukkan 1 paket coklat chip




Last step masukkan chocolate chip. Chocolate chip ni paling last masuk. jangan masuk awal2 nanti hancur! Sepaket chocolate chip, takleh banyak2 sebab nanti cookies korang akan manis sangat. 



Adunan ni korang akan dapat dalam 200 biji cookies. 




STEP 6


Amik loyang, sapu butter. Then cuit cuit je size 10 sen tiap satu. MAcam kecik kan , tapi nanti dah bakar dia akan kembang. Then kecik2 camni akan jadi rangup and elok2 je masuk mulut  korang krap krup krap. Jangan cuit besar2 sebab nanti lambat masak and ada bahagian dalam yang lemau. 











Bakar. Panaskan oven dengan 250 darjah. Then oven dah panas betul2, masukkan loyang. Bakar dalam 15 to 20 minutes . Loyang pertama korang pantau2 dulu, agak dah warna perang...tu dah masak lah. Sebab oven lain2 so kadang lain masa masak tu. Mana tau oven canggih 1 saat je siap haha. 




Then wallah dah siap. Tak manis sangat, risiko kencing manis tak begitu tinggi hihihhhh.


Warna perang macam ni.dah masak. Then tunggu sejuk , baru masuk balang !

Senang je kan.

Toodles !






Kamis, 14 April 2016

Bibik Tewas Juga

Hi

I nak bibik layan anak2 i macam anak and cucu dia. Penuh kelembutan and tak boleh marah. hahaa i marah xpe, dia xleh. semua mak pun camtuh huduh perangai. dia marah anak takpe, orang lain tak boleh cannot i is stress. Demi mencapai target untuk bibik layan anak i dengan penuh kelembutan motherly, i pun layan bibik baik2. Nak makan apa i belikan tak kisah pun. Ada sekali tu bibik muka cam segan sebab kitorang beli makanan untuk dia sama macam makanan yang kitorang n anak2 makan. 

Asyik sebut 'makasih ya' . Saya kerja sini selalu makan sedap" . Bukan makan sedap, tapi bibik berkira2 kalau nak beli. Hari2 dia makan ikan goreng je dengan kicap. 

I jawab " tak apa lah bik, bik sayang anak saya. Bik tahu kerja bik tanpa saya suruh. Saya layan bik baik"

Kalau bik kerja main2 saya letak seterika panas di buah dada bik. hahaa. ok tu tipu je. tetiba teringat kes dera Nirmala Bonat. sian dia. Dulu tak panggil bibik pun, i panggil nama dia Narima je haaahaa selamba panggil orang umur 50 tahun dengan nama. Kalau nak rock lagi i dah lu gua lu gua dah. Pastu lama2 dia tegur, "panggil saya bibik lah, tak usah dipanggil nama" . Ya la i pun panggil la bibik kok kalau itu buat bibik rasa glam.

Selalu bibik buat kerja kat atas, dengan cuaca panas menggila ni memang panas gila dalam rumah. Kitorang siap tetiba pasang 4 aircond terus sebab panassss . So semua bilik kalau bibik nak on aircond, silakan sebab serius memang panas gila kat atas tu. Sampai rasa meroyan lah. Yang tak bersalin pun boleh meroyan hahaaa. Tak payah tunggu bersalin dan emosi tak stabil, anda pasti tewas dengan suhu panas cenggitu. 

Tiap kali lalu bilik tengok bibik tengah buat kerja , cakap " bibik kalau pasang aircond , pasang lah saya faham biliknya panas"

Bibik "eh tak apa lah, udah dibayar gaji mau bazir bill lagi"

Ego ke bibik ni.

Lately memang cuaca panas sangat. Kalau naik tingkat atas lagi bahangnya ya ampun.

Bbik dari ego terus turun bawah ..."iya kalau mau dipasang ditekan apa ya"


peluh peluh letteww.






Rabu, 13 April 2016

Makanan Ala Bendang

Hi

I bukan pan asian pun hahahhh tapi fav food western food. Selera memang totally beza with Isham hehhhh dia tekak makan melayu je. Sampai bila kita keluar berdua dating dari zaman  berkawan 2006 sampai now dah kahwin tahun 2016 , makan mesti tapau asing2 . Takpe laa tolerate, kata love forever ever after hahah. Tapi sebab i asyik makan western and benda2  cam lasagna steak la ape benda semua tu ...sampai tahap dah muak gila. Tetiba teringin makan makanan melayu pulak.

Melayu tulen tau ! Amik kau, sekali teringin terus makanan melayu kampung yang i teringin. Eh bukan ngidam ngandung lah haippp. Kang ada yang suruh i buat pregnancy test. 

So yeah, makanya sampai lah kami di Intekma Resort kebetulan sebab haritu nak pergi urusan kat Shah Alam. Sesat jap pergi makan kat Intekma Resort. Dapat tahu Intekma Resort ada menu baru makanan kampung A La Bendang Pendeta. Makan kampung melayu tulen omaihhhh this is what i wanttt. Murah pulak tu untuk dua orang makan. Tu yang terkejut juga lah. Nasi with lauk pauk dengan air sekali satu jug.

Ni set untuk dua orang makan. Serious sedap. Simple je makanan kampung. Actually untuk set ni boleh pilih nak lauk apa. 

Ada 3 choices..
1) Ayam kampung berlada
2) Siakap 3 rasa atau siakap goreng
3) Kambing bakar

So pilih la salah satu main lauk. I pilih lauk utama siakap tu so siakap goreng dengan sauce siakap tiga rasa. Dua dua boleh pulun.



Dalam set akan ada..

- ulam of course. kata makanan kampung . ( timun, tomato, kacang panjang , daun selom, ulam raja, kacang botol)
- tauhu
- telur masin
- ikan pekasam
- sup
- nasi putih
- keropok ikan
- sambal belacan
- sambal bendang

Minuman pilihan, samada nak limau kasturi atau ABC kelapa. Dua dua pun sedap so kalau makan kat sini memang kelaut lah order macam2. Dah takde pilihan2 lagi, dua dua taram nak . hahaaa





Tulis pun tak tahan . Sambil taip sambil tenung gambar lama2. Ikan siakap dia besar2, so Isham jenis suka ratah ikan, i pulak makan sikit2 letak sauce masak tiga rasa tu. 

Kata makan makanan melayu kena la sopan2 sikit chiaa chia chiaa. Jarang la dapat makan camni, so kalau nak makan ni i singgah Intekma je. Intekma ni dekat je dengan UITM Shah Alam kan ? Student2 sana takde singgah Intekma , makan lunch. 

in process gaining weight balik :(



Ni la dia ABC kelapa tu. terliur tak ? haha



Ni plak yang lauk ayam kampung. Semua side dishes sama cuma lauk utama je lain. Ni i cilok tengok meja orang sebelah punya. diorang pilih main lauk yang ayam kampung tu.



Tak puas hati lagi, order lagi air. Strawberry milkshake. Kat Intekma ni menu macam2. patut lah kalau company2 ke apa suka buat event kat sini. Boleh meeting sambil makan sedap2 kemain.


10 bintang i bagi ! Tengok la next week nak singgah lagi . Sendiri taip sendiri tak tahan. 

Korang kalau nk try boleh terus pergi Intekma Resort je atau call 

03-55225000

03-55225009









Minggu, 03 April 2016

' Elli Salastri '

Hi

I know my husband very well. Takde la gatal, tak pernah plak tengok pompuan mata tak kelip. Kalau dia rasa lawa , maybe dia cakap dalam hati je. Kadang kalau dia cakap lawa pun , ayat mesti nak cover "pompuan tu muka cam awak" . Wah i lawa cam pompuan tu ke, pompuan lawa cam i hahahhh. Sila pilih jawapan yang tepat. Tak kuasa ahkak hahaa takde la gurau ja jangan ingat i perasan lawa plak hehh. Dari zaman bercinta, i tak  jenis jeles pun. Maybe sebab faktor umur dengan husband jauh kot, eh i feeling letops2 ok.

So acah2 cam ok la aku muda boyfren aku tak cari lain kot. Stewardess ke apa ka makeup tebal bulu mata palsu ke semua i tak jeles. Tapi bila lepas kahwin, tetiba ahkak jadi insecure sangat. tak tahu lah kenapa. hahaa. Kadang tu kalau ada pompuan lawa kat tv, saja je jeling isham tengok dia tengok mata tak kelip tak hahaa. Tahu sangat la taste dia cemana kemain nak letops je . Kalau dulu zaman tak jeles tu saja je tanya2 pasal artis2 yang dia rasa lawa, kemain letops2 je yang dia minat. Citarasa model habis.  Tapi kalau artis2 dia rasa lawa i ok je asal i kenal siapa lah hahaha. 

Satu habit husband , kalau dia minat or adore sesuatu dia akan selalu tersebut2 . Contoh dia minat m.nasir, so kadang tersebut2 la nama m,nasir. Kalau dia suka kereta bmw x6 ke apa kang tersebut2 la bmw x6 bmw x6. Dulu sampai skang Isham adore sangat adik bongsu i nama zulkarnain , duk la sebut nain nain nain naik meluat pasal sehari ada la banyak kali duk sebut2 nama adik i 'nain' tu. Kalau dia tersebut2 time i tengah gaduh bengang dengan nain tu lagi la rasa nak bomb je nain tuh. 

Lately , husband sellau sebut satu nama. ELLI SALASTRI. Sumpah i tak pernah kenal sape2 nama Elli Salastri. So i cam merajuk la, selalu apa2 kita selalu share share. tapi Elli Salastri tak kenal ponn. Camni aaahhhh ...skang anak dua dah taknak share share lagi. :'( this is saddd. Elli Salastri nama cam canggih je. 

Kejap2 Elli Salastri. 

Hello, siapa perempuan ni. Who is this ELLI SALASTRI. 

Merajuk. Tapi of course la isham tak perasan pun i merajuk hahaaa last2 i yang pergi tanya..

haaa sapo Elli Salastri tu.


Awak selalu sebut Elli Salastri , siapa ek?

Husband.."alaa dia tu kelakar. Dia pelakon."

Siapa ? ! Tak kenal.

Hubs ..ish kan kita tengok drama dia sama2 dulu.

Setelah disiasat..ghupenya...


Elli Suriati.


T_T ok ni i kenal. Then we live happily ever after. hahaa