Minggu, 22 Mei 2016

Creacion by Siti Nurhaliza

Hi..

Bab2 fashion show ni memang syok tengok hehehh. Excited lebih ekeke and jadi antara yang terawal tengok koleksi baju terbaru. Kali ni is collaboration between Dato Siti Nurhaiza X Ariani.  Brand Ariani ni bukan calang2 lagi, memang dah big brand pun , 9 tahun dah dalam industri . Kagum. Salah satu jenama muslimah yang  besar and focus not only untuk high range, tapi medium range pun ada. Mampu milik untuk semua.

So yang ni brand Dato Siti Nurhaliza collab dengan Ariani maka terciptalah jenama Creacion by Siti Nurhaliza. Dulu Ariani collaborate dengan Dato Siti untuk koleksi tudung, now busana pulak. Baju, blouse and skirt yang harga mampu milik. Cantik2 weyh sesuai untuk yang bertudung atau yang tak bertudung. Boleh pair with jeans pun. 



Moon ni kalau tengok dalam blog ke tengok depan ke sama je muka dia. Lawa kan mak Han ni.

Sesat pulak gambar selfie ekekke bagi la can sikit. Yang bawah ni masa  fashion show. Tengok baju2 Creacion, lawa2 serious. yang penting material berkualiti. Sesuai untuk office wear or casual. Masa Dato Siti berucap, dia kata dah lama dah teringin nak ada jenama butik / baju sendiri cumanya busy sangat.  So tahun ni baru tercapai impian untuk ada jenama busana sendiri. Tapi 
Dato Siti dah ada jenama beauty line , pun best hehe. Congrats Dato Siti !!



Yang atas ni antara my fav. blouse dia lawa woih.  Simple, tak sarat . Senang nak mix and match. 









Yang bawah ni picture from catalog. 

Suka dress yang Dato Siti pakai tu. cantik.



Banyak lagi collection. Lawa2. Kalau korang nak tengok, boleh tengok kat page Creacion by Siti Nurhaliza.

Facebook : CreacionBySitiNurhaliza
Instagram : CreacionBySitiNurhaliza

Boleh shopping kat JAKEL MALL . Dibuka dari pukul 10.15 pagi ke 8.30 malam. 




Jumat, 13 Mei 2016

An "Awake Candy" .

Hi

Kalau dulu2 zaman kanak2 riang, i selalu jadi tauke candy dalam kelas tuition. Nanti tengah2 cikgu mengajar kat depan,  budak2 depan dah "weyhh nameerahhh nak satu gula2"! . So i lah tauke yang supply gula2 satu kelas di kala masing2 mengantuk . Tuition pulak malam pukul 8 sampai 10 dah sah sah la masing2 mengantuk lepas berpenat lelah pagi sekolah kebangsaan , petang sekolah agama mengaji then malam tuition lagi. Demi ibu bapa yang tercinta, ku turuti jua semua kelas pagi petang malam. Cikgu tuition pun faham sangat "takpe murid2 kalau mengantuk makan gula2 yaaa cikgu izinkannn". 






Memang takkan berhenti mengunyah. Tips untuk hilangkan mengantuk pilih candy yang ada rasa masin2 manis macam Lot 100 Salt Candy. Confirm tak jadi tidur . So far i tengok Lot 100 ni yang keluarkan produk variety macam2 perisa. Creative. Berfore ni selalu beli yang Lot 100 gummy tu. Skang  Lot 100 Salt Candy pulak hehh. Macam2 idea la diorang ni.





Terbawak sampai sekarang habit salt candy nih sampai kuliyyah zaman universiti . Dah la kelas zaman universiti ni sekali kelas 3 ke 4 jam hahahhh break time kemain 15 minit je. Most favourite candy is from Lot 100 ni. Skang pulak ada 4 flavour baru...


Lemon, Orange, Coffee and Sour Plum . Semua perisa , bergaram. So rasa manis2 masin. Each flavour ada mix dengan rasa salty. 


Lot 100 Salt Candy ni ada 4 flavour


Salt & Orange Flavoured Candy

Yang ni rasa masam2 buah oren and at the same time rasa masin jugak. Tapi rasa masin and masam tu blend together. This one paling cepat habis , pekerja Tesco kata. haaahaa, most favourite.



Salt & Coffee Flavoured Candy

Yang ni pun best . Selalu kalau candy yang perisa coffee ni macam pahit2 sikit kan tapi Lot 100 Salt Candy , coffee flavoured ni rasa manis kopi and masin2 salt. 



Salt & Lemon Flavoured Candy

Rasa masam lemon and salty . Best. Rasa masam2 manis and masin. Semua rasa gabung jadi best walau pun gabung 3 rasa tu combination dia sedap. 
I paling suka flavor ni wooo bukan main syok  makan zup zap zup zap masuk je dalam mulut. Sebab dia masam-masam masin gitu, takleh berhenti. Gi mana pun mesti nak bawak dalam bag macam boypren baru gitu mihmih. 

Hah ni dia eviden. Ambik gambar cepat-cepat kalau tak mamat belakang nanti minta sikit ekeke.





Salt & Sour Plum Flavoured Candy

Yang ni lagi lah, cari tak jumpa. Cepat je habis. Rasa sour plum and gabung dengan rasa masin. 




Lepas dah rasa semua flavour, semua lah i suka . Sekali masuk mulut terus segar. Terutama time mengadap jem , omaigod serious i boleh tertidur. So dalam handbag memang akan standby je sepaket Lot 100 Salt Candy ni . Buat kudap2 kalau tengok wayang bosan nya jalan cerita hahahaa terus masukkan Lot 100 Salt Candy dalam mulut sebab nak tinggalkan wayang sayang pulak tiket bazir ekekeke. Popcorn pun xleh lawan kuasa Lot 100 Salt Candy ni hilangkan rasa mengantuk serta merta. 


Tengah buat kerja ngantuk2 , masuk mulut terus tak jadi mengantuk punya.

Patutlah dipanggil an "awake candy" sebab sekali masuk dalam mulut terus segar. Kalau ada buat majlis ke apa memang suka beli Lot 100 Salt Candy letak dalam goodie bag. Orang memang suka  Lot 100 Salt Candy ni, so bagi apa yang orang suka lah. 




Korang patut try. Ala boleh beli kat Watson atau Tesco. Skang ada sampling promotion kat Watson and Tesco, confirm sekali dah try sample mesti nak beli. Event bermula 26th March 2016 sampai 8th May 2016 di Tesco IOI City Mall (7hb – 8hb Mei 2016), Mutiara dan Damansara (28hb – 29hb Mei 2016). Dalam masa event ni, ada contest sekali yang korang boleh join. 


Grand prize : Samsung S6 Edge

Daily prizes : Electric motor scooter

Kalau nampak kat Tesco and watson cepat2 beli 2 pack then terus masuk contest. Senang je nak menang.




Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Lot 100:

- Laman web rasmi: http://www.cocoaland.com/





Toodles




keyboard warrior.

Hi

Power betul keyboard warrior skang ni. Sian baca comment2 kat instagram pelakon Hafiz Roshdi tu. Kenal Hafiz tu pun pasal tiap kali i datang rumah my mom kul 7 mesti depa duk tengok cerita tunduk playboy tu. Tak ingat la apa tajuk dia tapi budak Hafiz tu berlakon lah. Baru2 ni budak Hafiz tu kahwin, ramai pertikai apesal bini dia tak lawa, tak semenggah. Kemain masing2. Selalu kalau orang yang jenis cakap2 belakang ngumpat2 belakang ni kita panggil pengecut kan ekekek tapi ni keyboard warrior yang tinggalkan negative comments guna acc social media sendiri siap terpampang profile picture muka sendiri , kira berani gagah perkasa betul lah. 

Benda ni bukan baru jadi. Time Jehan Miskin kawen dengan pompuan Korea pun sama juga. Siap ada orang tulis komen, kenapa muka isteri Jehan Miskin muka basic sangat , kan bini dia orang Korea kan. 'Basic' eh tak boleh blah perumpamaan , kiranya maksudnya 'basic' tu kosong la macam plain. Kan Korea kan ada yang mata kecik, hidung kecik, mulut kecik so tu la 'basic' maksud dia kot. Tapi taste kan lain2, macam korang sendiri pun ada taste2 yang tersendiri, ada yang suka jenis Kim Kardashian. 

Tapi i tanya je Isham, awak rasa Kim Kardashian ni hot ke besar lekuk2 sana sini...hahaa. Macam dia jenis suka pompuan plaine. Biasa, nampak kemas . yang terkeluar lekuk2 sangat x berkenan ekekek. See citarasa orang lain2 kot.  Ada yang suka laki yang jenis badan otot steroid ketul macam tak proportion tu, kahkah...ada yang suka kulit gelap. Taste lain2 kot, apa yang nak dipertikai nya. Apa benda lah. Kan taste lain2, kenapa nak pertikai. 

Dulu masa i mula2 nak kahwin , even orang terdekat pun smua siap hasut. Ko boleh cari yang handsome muda lah  . Padahal masa tu dah dekat wedding dah, ada la lagi 3 weeks nak kahwin. Orang taktahu apa benda yang buatkan i stay dengan husband ni. Cara dia layan tu, jauh pun tetap usaha contact. Kesungguhan. Walau tak jumpa 8 bulan dulu pun still ada effort nak contact hari2 setiap 30 minit ok. and of course our susah senang together naik turun sama sama. Sebut je apa sakit, tiba2 dah datang dengan minyak angin lah, minyak gamat lah. Takde kemewahan apa pun takpe, tapi nak jadi soulmate tuh. 


Susah senang orang kita xtahu. Dulu time Izzue Islam nak kahwin pun semua kata tak sesuai lah apa lah. Kenapa bini dia tu tua lah, nape pilih yang tua. Izzue Islam kan baby face katanya. Tapi Susah senang orang kita tak tahu. Macam kisah Izzue Islam, kan wife dia yang bersama dia susah senang dari masa dia kerja kedai restoran ke apa entah sampai la skang wife dia support dia jadi tulang belakang dia. Lawa je bini dia, cuma jenis tak bersolek je. Jenis simple takde lah gigih sangat nak makeup dengan bulu mata palsu semua. Muka tak makeup pun camtu, apa lagi kalau makeup. Kalah korang yang keyboard warrior ni. 


The power of makeup Terus terang la, i sendiri kalau tak makeup pun nampak matang jugak. Makeup pun nampak matang, tak makeup jd nenek kebayan terus. ekekekek. Calit sikit lipstick pun dah nampak seri seri berseri seri . Sama gak macam wife Hafiz tu, muka dia elok dah tapi orang compare dengan dunia artis, memang lah x sama . Mace mace mu nih. 


Yang pertikai ni mungkin dengki ke apa tak tahu lah. Pernah one time dulu iols minat kat Ashraf Sinclair tuh. Gigih la minat kan. Pan asian uols .Masa tahu dia bercinta dengan BCL tu terus rasa BCL tu eee tak lawa langsung. Padahal bukan tak lawa, hati ni yang jealous ekekke. MAsa tersebar gambar diorang bercium kat Bali tu lagi lah i is cannot ok, siap sorok suratkhabar tu taknak tengok ekekke. Tapi skang tak minat langsung dah Ashraf sinclair tu tetiba rasa BCL tu lawa pulak. ekekekke. Ni mainan hati je sebenornya ni. I dah merasai nya dulu ekekekke. Padahal lawa je BCL tu khenn. 


Salah satu sebab juga kenapa i tak share hal personal and husband sangat sebab golongan2 macam ni lah sebab yang i tahu Isham ni memang handsome masa muda cuma its a matter of age and weight je. Orang ejek2 edit2 gambar , tulis2  , i tahu and baca je. Tinggal komen kt blog suh husband mkn ubat kuat lah. Bila tengok muka yg tukang tulis komen pun lagi menyayat hati. 


By the way, hati2 lah kalau tulis on social media. Sebab i dulu pun selalu tulis ikut sukahati. Orang yang terasa, kita tak tahu. Pastu nak minta maaf macam mana ? Dulu i tulis mean sangat, kasar2 je tulis lepas2 je nak tulis apa. Nak sindir, tulis je. Tapi bila dah matang ni ekekek, lebih2 hati2 . Apa yang i tulis comment2 dulu dah tak ingat dah tetiba the person yang terasa dengan i tampil sendiri cakap dulu dia tak suka i sangat tapi bila dah kenal elok pulak perangai . See. T_T







Senin, 18 April 2016

Resepi Chocolate Chip Cookies

Hi

Dah lama teringin chocolate chip cookies . Berkurun. Ni baru dapat buat. mehhh. Cookies ni i belajar dr aunt recipe dari US. Bila teringin baru buat yalaa nak buat selalu takde masa . Last time buat masa wedding haritu, acah2 nak buat untuk tetamu then buatlah beribu2 cookies siap ada yang lemau lah sebab nak buat cepat sangat haahaaa.Masuk balang cepat sangat memang lemau.


Simple je recipe cookies ni. Sedap , tak terlalu manis. Nak buat pun campak2 je, itu yang ahkak suka sangat mihmih. 





Bahan-bahan


- 2 buku butter

- 1 1/2 cawan gula putih

- 1 1/2 cawan  gula perang

- 1  sudu besar emplek


- 1 sudu besar esen vanilla

- 1 sudu kecik baking powder

- 3 biji telur kuning sahaja


1 cawan kacang ( additional je, xnak telak pun xpe. I tak letak kacang sebab my son Adam allergic to kacang)


- 5 cawan tepung


1 paket chocolate chip



STEP 1

- 2 buku butter

- 1 /1/2 cawan gula putih
- 1 1/2 cawan gula perang
- 3 biji telur kuning




Masukkan butter yang sudah lembut, bukan butter yang baru keluar dari peti ais tu jenuh lah  na kacau sampai sebati butter keras macam batu hahaa. Kacau je 3 bahan butter, 1 1/2 cawan gula putih , 1 1/2 cawan gula perang sampai sebati sampai gula2 tu dah hancur dan kembang ! Masukkan telur kuning.



kacau sampai sebati je dah. Takyah lebih2. 




STEP 2

Masukkan  1 sudu kecik baking powder

1  sudu besar emplek
1 sudu besar esen vanilla




Masukkan 1 sudu kecik baking powder, 1 sudu kecik emplek, 1 sudu besar esen vanilla dah gaul sampai sebati. Done, move kepada step 3.



STEP 3
masukkan1 cawan kacang

Masukkan 1 cawan kacang. Kacang ni sukahati la korang nak guna kacang apa. Ada banyak jenis kacang.


- badam

-gajus

I suka kacang yang simple je . Nak masuk 2 ke 3 jenis kacang pun takpe. Tapi i tak letak sebab Adam allergic to kacang. 





STEP 4


masukkan 5 cawan tepung . Satu persatu cawan .




Masukkan 5 cawan tepung , gaul sampai rata. Gaul guna tangan pun boleh. Kalau malas , guna la mesin mixer tu tapi masalahnya lepas dah settle tu malas nak cuci  mixer punya kepala tu kan berlekuk2 hahaaa .



Adam yang gaul niii. 





STEP 5

Masukkan 1 paket coklat chip




Last step masukkan chocolate chip. Chocolate chip ni paling last masuk. jangan masuk awal2 nanti hancur! Sepaket chocolate chip, takleh banyak2 sebab nanti cookies korang akan manis sangat. 



Adunan ni korang akan dapat dalam 200 biji cookies. 




STEP 6


Amik loyang, sapu butter. Then cuit cuit je size 10 sen tiap satu. MAcam kecik kan , tapi nanti dah bakar dia akan kembang. Then kecik2 camni akan jadi rangup and elok2 je masuk mulut  korang krap krup krap. Jangan cuit besar2 sebab nanti lambat masak and ada bahagian dalam yang lemau. 











Bakar. Panaskan oven dengan 250 darjah. Then oven dah panas betul2, masukkan loyang. Bakar dalam 15 to 20 minutes . Loyang pertama korang pantau2 dulu, agak dah warna perang...tu dah masak lah. Sebab oven lain2 so kadang lain masa masak tu. Mana tau oven canggih 1 saat je siap haha. 




Then wallah dah siap. Tak manis sangat, risiko kencing manis tak begitu tinggi hihihhhh.


Warna perang macam ni.dah masak. Then tunggu sejuk , baru masuk balang !

Senang je kan.

Toodles !






Kamis, 14 April 2016

Bibik Tewas Juga

Hi

I nak bibik layan anak2 i macam anak and cucu dia. Penuh kelembutan and tak boleh marah. hahaa i marah xpe, dia xleh. semua mak pun camtuh huduh perangai. dia marah anak takpe, orang lain tak boleh cannot i is stress. Demi mencapai target untuk bibik layan anak i dengan penuh kelembutan motherly, i pun layan bibik baik2. Nak makan apa i belikan tak kisah pun. Ada sekali tu bibik muka cam segan sebab kitorang beli makanan untuk dia sama macam makanan yang kitorang n anak2 makan. 

Asyik sebut 'makasih ya' . Saya kerja sini selalu makan sedap" . Bukan makan sedap, tapi bibik berkira2 kalau nak beli. Hari2 dia makan ikan goreng je dengan kicap. 

I jawab " tak apa lah bik, bik sayang anak saya. Bik tahu kerja bik tanpa saya suruh. Saya layan bik baik"

Kalau bik kerja main2 saya letak seterika panas di buah dada bik. hahaa. ok tu tipu je. tetiba teringat kes dera Nirmala Bonat. sian dia. Dulu tak panggil bibik pun, i panggil nama dia Narima je haaahaa selamba panggil orang umur 50 tahun dengan nama. Kalau nak rock lagi i dah lu gua lu gua dah. Pastu lama2 dia tegur, "panggil saya bibik lah, tak usah dipanggil nama" . Ya la i pun panggil la bibik kok kalau itu buat bibik rasa glam.

Selalu bibik buat kerja kat atas, dengan cuaca panas menggila ni memang panas gila dalam rumah. Kitorang siap tetiba pasang 4 aircond terus sebab panassss . So semua bilik kalau bibik nak on aircond, silakan sebab serius memang panas gila kat atas tu. Sampai rasa meroyan lah. Yang tak bersalin pun boleh meroyan hahaaa. Tak payah tunggu bersalin dan emosi tak stabil, anda pasti tewas dengan suhu panas cenggitu. 

Tiap kali lalu bilik tengok bibik tengah buat kerja , cakap " bibik kalau pasang aircond , pasang lah saya faham biliknya panas"

Bibik "eh tak apa lah, udah dibayar gaji mau bazir bill lagi"

Ego ke bibik ni.

Lately memang cuaca panas sangat. Kalau naik tingkat atas lagi bahangnya ya ampun.

Bbik dari ego terus turun bawah ..."iya kalau mau dipasang ditekan apa ya"


peluh peluh letteww.






Rabu, 13 April 2016

Makanan Ala Bendang

Hi

I bukan pan asian pun hahahhh tapi fav food western food. Selera memang totally beza with Isham hehhhh dia tekak makan melayu je. Sampai bila kita keluar berdua dating dari zaman  berkawan 2006 sampai now dah kahwin tahun 2016 , makan mesti tapau asing2 . Takpe laa tolerate, kata love forever ever after hahah. Tapi sebab i asyik makan western and benda2  cam lasagna steak la ape benda semua tu ...sampai tahap dah muak gila. Tetiba teringin makan makanan melayu pulak.

Melayu tulen tau ! Amik kau, sekali teringin terus makanan melayu kampung yang i teringin. Eh bukan ngidam ngandung lah haippp. Kang ada yang suruh i buat pregnancy test. 

So yeah, makanya sampai lah kami di Intekma Resort kebetulan sebab haritu nak pergi urusan kat Shah Alam. Sesat jap pergi makan kat Intekma Resort. Dapat tahu Intekma Resort ada menu baru makanan kampung A La Bendang Pendeta. Makan kampung melayu tulen omaihhhh this is what i wanttt. Murah pulak tu untuk dua orang makan. Tu yang terkejut juga lah. Nasi with lauk pauk dengan air sekali satu jug.

Ni set untuk dua orang makan. Serious sedap. Simple je makanan kampung. Actually untuk set ni boleh pilih nak lauk apa. 

Ada 3 choices..
1) Ayam kampung berlada
2) Siakap 3 rasa atau siakap goreng
3) Kambing bakar

So pilih la salah satu main lauk. I pilih lauk utama siakap tu so siakap goreng dengan sauce siakap tiga rasa. Dua dua boleh pulun.



Dalam set akan ada..

- ulam of course. kata makanan kampung . ( timun, tomato, kacang panjang , daun selom, ulam raja, kacang botol)
- tauhu
- telur masin
- ikan pekasam
- sup
- nasi putih
- keropok ikan
- sambal belacan
- sambal bendang

Minuman pilihan, samada nak limau kasturi atau ABC kelapa. Dua dua pun sedap so kalau makan kat sini memang kelaut lah order macam2. Dah takde pilihan2 lagi, dua dua taram nak . hahaaa





Tulis pun tak tahan . Sambil taip sambil tenung gambar lama2. Ikan siakap dia besar2, so Isham jenis suka ratah ikan, i pulak makan sikit2 letak sauce masak tiga rasa tu. 

Kata makan makanan melayu kena la sopan2 sikit chiaa chia chiaa. Jarang la dapat makan camni, so kalau nak makan ni i singgah Intekma je. Intekma ni dekat je dengan UITM Shah Alam kan ? Student2 sana takde singgah Intekma , makan lunch. 

in process gaining weight balik :(



Ni la dia ABC kelapa tu. terliur tak ? haha



Ni plak yang lauk ayam kampung. Semua side dishes sama cuma lauk utama je lain. Ni i cilok tengok meja orang sebelah punya. diorang pilih main lauk yang ayam kampung tu.



Tak puas hati lagi, order lagi air. Strawberry milkshake. Kat Intekma ni menu macam2. patut lah kalau company2 ke apa suka buat event kat sini. Boleh meeting sambil makan sedap2 kemain.


10 bintang i bagi ! Tengok la next week nak singgah lagi . Sendiri taip sendiri tak tahan. 

Korang kalau nk try boleh terus pergi Intekma Resort je atau call 

03-55225000

03-55225009









Minggu, 03 April 2016

' Elli Salastri '

Hi

I know my husband very well. Takde la gatal, tak pernah plak tengok pompuan mata tak kelip. Kalau dia rasa lawa , maybe dia cakap dalam hati je. Kadang kalau dia cakap lawa pun , ayat mesti nak cover "pompuan tu muka cam awak" . Wah i lawa cam pompuan tu ke, pompuan lawa cam i hahahhh. Sila pilih jawapan yang tepat. Tak kuasa ahkak hahaa takde la gurau ja jangan ingat i perasan lawa plak hehh. Dari zaman bercinta, i tak  jenis jeles pun. Maybe sebab faktor umur dengan husband jauh kot, eh i feeling letops2 ok.

So acah2 cam ok la aku muda boyfren aku tak cari lain kot. Stewardess ke apa ka makeup tebal bulu mata palsu ke semua i tak jeles. Tapi bila lepas kahwin, tetiba ahkak jadi insecure sangat. tak tahu lah kenapa. hahaa. Kadang tu kalau ada pompuan lawa kat tv, saja je jeling isham tengok dia tengok mata tak kelip tak hahaa. Tahu sangat la taste dia cemana kemain nak letops je . Kalau dulu zaman tak jeles tu saja je tanya2 pasal artis2 yang dia rasa lawa, kemain letops2 je yang dia minat. Citarasa model habis.  Tapi kalau artis2 dia rasa lawa i ok je asal i kenal siapa lah hahaha. 

Satu habit husband , kalau dia minat or adore sesuatu dia akan selalu tersebut2 . Contoh dia minat m.nasir, so kadang tersebut2 la nama m,nasir. Kalau dia suka kereta bmw x6 ke apa kang tersebut2 la bmw x6 bmw x6. Dulu sampai skang Isham adore sangat adik bongsu i nama zulkarnain , duk la sebut nain nain nain naik meluat pasal sehari ada la banyak kali duk sebut2 nama adik i 'nain' tu. Kalau dia tersebut2 time i tengah gaduh bengang dengan nain tu lagi la rasa nak bomb je nain tuh. 

Lately , husband sellau sebut satu nama. ELLI SALASTRI. Sumpah i tak pernah kenal sape2 nama Elli Salastri. So i cam merajuk la, selalu apa2 kita selalu share share. tapi Elli Salastri tak kenal ponn. Camni aaahhhh ...skang anak dua dah taknak share share lagi. :'( this is saddd. Elli Salastri nama cam canggih je. 

Kejap2 Elli Salastri. 

Hello, siapa perempuan ni. Who is this ELLI SALASTRI. 

Merajuk. Tapi of course la isham tak perasan pun i merajuk hahaaa last2 i yang pergi tanya..

haaa sapo Elli Salastri tu.


Awak selalu sebut Elli Salastri , siapa ek?

Husband.."alaa dia tu kelakar. Dia pelakon."

Siapa ? ! Tak kenal.

Hubs ..ish kan kita tengok drama dia sama2 dulu.

Setelah disiasat..ghupenya...


Elli Suriati.


T_T ok ni i kenal. Then we live happily ever after. hahaa