Rabu, 30 September 2015

Setiap Tahun Mesti Ada !

Hi

Mycybersale datang lagi. Setiap tahun memang standby dah untuk Mycybersale. Bagi yang tak tahu, Mycybersale ni adalah Malaysia’s Biggest Online Sales Event organized by Multimedia Development Corporation (MDec) . Nampak tak perkataan 'bigGEST' tu. Haa event online sales terbesar. So semua penjual2 online bergiat lah jual harga murah habis habisan . Saja syok nak bagi pembeli online ni menggelupur hahaa. Tapi benda yang best2 ni sekejap je. Mycybersale ni hanya dari 28 September 2015 sampai 2 Oktober 2015 saja. 


Awal2 lagi event Mycybersale dah launch by Mdec and KKMM.

Dalam tempoh tu barang semua runtuh. Salah satu online web yang join event Mycybersale ni is web nile.com.my . Berapa kali dah I share pasal web nile.com.my nih. Setiap tahun web nile.com.my ni dijemput untuk join event ni sebab web ni menjadi pilihan ramai. Meluat je. Tiap kali masuk web dia memang akan terbeli. Tak caya korang try ahhh , mesti adaaaa je benda akan rasa "eh aku perlukan ni !" . Dari barang rumah, perkakas dapur segala benda la.

Kali ni web nile.com.my nak kasi sales up to 90% . Lagi la aku tak tahan camnih. herghh. Siap  FREE DELIVERY untuk semenanjung Malaysia bagi pembelian minimum RM48 je. RM48 je boleh dapat 3 barang. hahaa. Diorang guna perkhidmatan POSLAJU. 

Ni antara items yang harga runtuh untuk event Mycybersale nih..

 Men Tee offers to RM17.90. Deal start on 29/09/2015, Pukul 11 pagi  boleh serang tapi limited 120 pieces saja. So sape cepat dia dapat lah. hewhew. 


 HANIYA 3 Colour Patchwork Chiffon Blouse- Orange discount to RM19.90. Deal start on 30/09/2015, 11.00 pagi. Limited to 120 pieces jugak. Blouse jenama HAniya ni design lawa2. I ada few pieces on Haniya.


 Men Rider/Leather Jacket  offer to RM33.90. Deal starts on 01/10/2015, at 11.00 pagi . Limited to 150 pieces je. KAlau nak acah Nicholas Cage dalam cite Ghost Rider, sila sila. haha. Smart. 


Canvas Shoes offer price RM15.90 on 01/10/2015, 2.00 petang. Stock untuk harga runtuh hanya 200 pasang saja. Lambat memang tak dapat ah. 



 OL Woman Heels #mycybersale2015 price for RM19.90, on 02/10/2015, 11  pagi. Limited to 100 pairs only


Crocodile Pattern 3-in-1 Pieces Bag discounted price RM29.90. Deal starts on 02/10/2015, 2 petang. Limited to 500 sets only.


Bukan time Mycybersale je akan ada FREE DELIVERY , time hari2 biasa pun boleh menggila shopping tanpa perlu fikir kos delivery tu. Dengan pembelian minimum RM48 je woih. 

Selalu buat sales. I kadang2 kalau time nasib baik tu memang beli dapat murah. Ni nak hujung tahun ni standby jela barang2 sales dr nile.com.my huewhueww..


Facebook : nile.com.my
Instagram : @nile.com.my
Twitter : nile.com.my


Follow us on our official wechat account nile.com.my


Follow us on our official line account nile.com.my








Perihal Pembantu Rumah

Hi

Perihal pembantu rumah.Sepatutnya now perlu amik helper dah untuk bantu kerja sikit here and there. Sekarang lebih terkejar2 sebab Noah dah in phase nak berdiri. Berdiri jatuh terguling berdiri jatuh terguling sigh kesian. So memang perlukan 100% perhatian since Adam pun dah mula sifat jealous buli adik Noah. Tak boleh tinggal sekejap, mesti ada tragedy. Dia cakar Noah, buat adik dia macam kuda, lilit muka adik dia dengan napkin. Ish ganas betul, ni mesti sebab itu hari I tengok cerita CSI depan dia nih. T_T

Sepatutnya perlu pembantu sementara tapi asyik delay. Bukan delay, tapi taknak pun muehehehe. Setiap kali bila malam dah tahap penat gila ,terus  azam 'okehh esok kita dapatkan helper!", pastu mesti tangan gatal google berita2 maid dera bayi senyap2 in toilet. T_T. Lepas tu terus tak jadi and nak buat semua sendiri. Bukan takat dera baby tapi jenis maid kes yang nak lari dengan boyfren, bawak boyfriend masuk rumah, curi2....nanti akan rasa frust tau you know. Kadang2 bagi layanan baik pun tapi tak faham apa yang seseorang tu nak ? Kan ? Tau2 je mental . 

InsyaAllah kalau ada helper, I akan jadi kawan baik to helper tuh. Tak kisah nak bagi gaji tinggi, nak makan apa insyaAllah boleh kasi tanpa tolak gaji tapi jangan lah mintak makan hotel hari2 melampau haha. Haritu minta bantuan helper untuk cleaning cuci kipas , lap tingkap semua. So dari jauh duk perhati je, 

So saja la tanya "kamu ada kawan tak mau kerja sama saya? Kadang2 saya kerja luar tak boleh bawak anak ( ada la dalam a week tu few times kena kuar uruskan stok Luminous, and event2 yang perlu pergi ) . Saya mau yang sayang sama budak macam anak dia sendiri.Gaji saya kasi 1600 bantu cuci2 rumah dan jaga 2 anak saya bila saya keluar rumah"

Terus maid yang tengah busy cuci kipas tu usap and acah2 Adam bahaaa "iya buk, saya bisa! Saya sayang sama anak2 kecil" . ekekek. Selama ni kalau ada urusan kerja luar, kalau xde choice memang i bawak je budak2 ni tapi tough sikit lah. Husband pun banyak bantu tapi kesian lah husband sementara nak wait kerja i habis, budak2 ni meraung dalam kereta and kadang2 ganggu nap time la. T_T 

Lagi satu yang buat cam arghhh malas gila nak hire maid , sebab dulu pernah ada maid. So far tengok weolss layan dia baik je. Tapi dalam few months pastu mula buat perangai.I tak pernah tengok my mum marah dia pun . Plus kitorang semua dah besar pun so takde la leceh nak jaga pun and takyah masak pun. Bantu in cleaning saja. Tapi entah kenapa dia stress. Maybe rindu kat suami and anak2 kot sampai jadi camtuh.

Tau2 je lari and kata we olls dera dia weyh. Bila check bag dia penuh dengan barang2 curi. Pastu i cam pelik oh nape everytime my dad balik kerja dia mesti makeup sikit and pakai baju sleeveless. Aneh. PAstu ada satu hari kat dapur tu dia makan nasi kosong je takde lauk. Then my dad lalu tepi dapur and nampak "Kenapa bibik makan takde lauk?" terus dia jawab "ya ibu x izin".  I yang tengah makan sekali tu like haaa bila mama cakap camtuh. Stok makanan kitorang biasa beli sebulan banyak2 terus then stok mesti tiba2 xde. Rupanya dia kasi kat orang weyh stok2 makanan tu. Selamba je. Bila dah kantoi memang my mum mengamuk incredible hulk la. Tapi last2 dia kena balik pun sebab ada hepatitis ke apa. 

Kadang2 takleh predict diorang ni nak apa. Ramai kata kena tegas tapi entah la of course kita nak layan elok macam family. Tapi maybe factor berjauhan dengan family kot, rindu ke sampai jadi tekanan mental camnih. I takut apa2 jadi kat Adam n Noah je. Tu je. Tapi yang dapat helper elok siap kerja berpuluh tahun lagi. Alhamdulillah memang rezeki tu. 

Buat masa sekarang ni biarlah I buat sendiri . T_T tak perfect then penat gila pastu nangis sorang2. haha


Sabtu, 26 September 2015

Adam & Noah Spa Day

Hi

Husband busy gila last week kerja straight. I pun sama la , ada time je tengok handphone reply email. Kalau mother mother sekalian nak jaga anak sambil kerja aka working housewife, please dont. Sebab perasaan akan bercampur baur nanti lama lama sakit jiwa. Satu nak kena displin, seriously i dah kelaut dah due date semua, so i refund je senang. 

Nak kena jawab client pastu dalam masa yang sama anak tengah tarik2 kaki nak perhatian. Yang i pelik tuh, time i tak pegang hp, diorang tahu pulak main snediri. Bila i pegang hp, tetiba dua dua menggelupur buat break dance depan we olls ni. Siap buat aksi kena rasuk. hahahh

Budak kecik pun pandai. Dia tahu mak dia tak focus kat dia. Contoh dua dua duk atas riba i sambil diorang tengok tv or egang toy tapi tangan i sebelah pegang handphone and kepala fikir benda lain. Seriously diorang dapat hidu ketidakfocusan mother mother. T_T 

So yeah i baru tahu kat Seremban ada baby spa. Dah lama plan nk bawak Adam n Noah gi spa. Dari 2 tahun lepas hahaaa tapi baby spa banyak kt KL je so yeah nk cari masa tu payah sikit. Tetiba haritu nampak ehhhh ada kat Seremban. Masa mula2 I pindah Seremban, hari2 mengeluh sebab takde banyal mall. Nowwwwww, i suka gila. Bersyukur gia dapat pindah Seremban. Best ah sini. Seriously ramai dr KL dah pindah Seremban 2 sini weyhh. 

Noah terkenal dengan sifat yang tenang, kurang nangis, happy ceria . Kan ? Tapi bila masuk je spa dah melalak2 hahaa.  I pun pelik dah. Jenuh pujuk. Kot la dia ingat spa apa pulak kan . bukan spa yg amoi pakai skirt pendek tu..bukannn. 
Haa tangan dah cengkam tu . Amoi skirt kau jangan kacau aku.

Mula2 masuk spa i risau Adam mostly sebab dia ni banyak benda tak kena. Semua amuk. Gerun jugak ni tapi excited nak cuba spa. Konon2 nak pampe diorang ah. Hoihh nasib baik ok.  Dia yang exctited lebih.

Tengah syok2 swim sorang tetiba petang tu ada budak pompuan sorang ada swimming lesson. Kecik2 dah belajar swim, iols ni sampai ke tua tak reti swim. Budak tu umur dalam 2 tahun lebih .

Excited nak baling semua benda. Terpelanting semua. I asyik say sorry je tapi biasa ah kot. I tanya budak lain pun baling barang camni ke..dia kata ada yang lagi teruk pun ada. Ok lega i ingat anak i sorang monster sikit. wewewe habis budak pompuan tu kena baling dengan Adam.  Alang2 asyik nk say sorry kat bapak budak tu I boleh nyanyi terus sorry sorry sorry naeke naeke naeke..


Boleh swim dalam 30minit je sebab takut budak letih nanti. Recommended 30 minit je then after that body massage . Package dia RM88 untuk swim n massage tapi Adam ni mne boleh duk diam. Payah nk massage pun. 

Mengamuk nk mandi lagi. 

Merayu kt pekerja spa..pleasee dukungg nk swim lagi. Last2 x massage pun. Swim jela. 

Syok apa kena massage. I lagi la xde mse langsung nk urut. Masa pantang dua dua anak mne ada massage. Sian kan. I tak pasti rahim i ada kt mana skang. T_T haha

Ok la baby spa ni. Best gak untuk budak2 sekali sekala. Ada personal swimming lesson lg.  

Lokasi kat Seremban 2 near City Park.  

haha



Toodles :)

Selasa, 22 September 2015

Puri Baby Simple

Hi

Mula 6 bulan , baby dah boleh mula solid food. For Noah, I buat puri je senang. Cuba je beli puri Heinz tu masa time Adam tapi taknak makan. Rasa cam dah habis duit dah beli. Beli banyak2 sebab anak pertama, dia punya excited tu lebih sikit. Sekali suap hehhh takmau. Punya la satu rak makanan puri Heinz tu kitorang beli banyak2 acah2 senang nak bagi makan semua dah ready. Perisa macam2 . excited terlebih. Last2 buang je tak tahu nak bagi sape.

So time Noah buat jela, senang. Tu la orang kata, anak sulong ni selalunya eksperimen, bila masuk anak kedua mak akan lebih matang. bahaaaa. Membazir beli, buat jela senang.




Simple puree

Puri Apple
1) Kukus 2 biji apple yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis.

Puri Mango
1) Kukus buah mangga yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis.

Puri Ubi kentang
1) Kukus 2 biji kentang yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis.

Puri Ubi keledek
1) Kukus keledek yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis

Puri labu + sikit halia
1) Kukus labu yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, Letak halia sikit kot angin makan labu.
3) Tapis keladak guna penapis

Puri Carrot
1) Kukus carrot yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis

Puri pisang + oat
1) Kukus pisang kejap je nk bg lembut sikit je. Kalau taknak kukus pun xpe.
2) Blend dengan susu dan oat yang dah lembut direndam air panas.
3) Tapis keladak guna penapis

Puri brokoli
1) Kukus brokoli sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis

Puri Ubi kentang + buah peach
1) Kukus 2 biji kentang dan peach sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis

Semua steps sama je. Pandai2 la campur2 macam mana tapi tu jela langkah nak buat puri basic. 

Boleh buat dari macam2 pun. Betik, dragonfruit..mace mace lagi. Tengok buah la, make sure anak korang tak allergic. Macam strawberries better start at 8 months, sebab buah tu ada yang baby allergic.

Cam kadang2 Noah boring, I blend je potato dengan carrot atau brokoli ke. Ikut selera baby masing2. Macam Noah tak suka pure brokoli, brokoli semata2. So i campurkan brokoli dengan ubi. Paling sedap buah peach blend dengan susu atau ubi + peach. Tu paling fav Noah . Sonang hidup. Yang payah tu bila nak kupas segala benda ah hahaa. 

So i selalu buat stok seminggu terus sebab kalau hari2 nak kupas and kukus memang tak sempat. Now dah sampai stage Noah dah nak berjalan. Dah berjalan sambil pegang2 kerusi. So kena perhati jela, kalau tak berapa kali jatuh dah. Memang stok makanan kena prepare seminggu terus sebab hari2 kena tengok dia je. T_T




Letak dalam tupperware. Noah punya kuantiti makanan memang banyak ni, so yeah per serving banyak ni lah. Depends baby korang makan banyak mana per serving.

Kalau tak pasti kuantiti per serving,. letak puree yang dah siap tu kat tempat bongkah ais ni je senang. So tiap kali nak makan agak2 la berapa block kecik ni baby korang nak makan sebab kalau letak tupperware besar terus nanti bazir pulak anak tak habis. Takut tak tahan lama la kalau dah celup2 then simpan dalam peti ais. Kurang fresh.








Dah siap2 then terus letak dalam peti sejuk beku. Frozen puri lah giteww uols. Tahan lama. 

Tapi setiap malam atau subuh tu amik stok puri yang nak dibagi makan untuk haritu dalam chiller. Biar dia lembik siap2. Tapi puri yang confirm nak bagi makan jela ok. Yang lain kasi frrozen let it go let it gooo.
Nanti tak la keras. Time nak bagi makan, panaskan je. I stim balik je. Kalau hantar anak kat rumah pengasuh, hah bagi kat pengasuh kak tolong suap anak titeww makan ok.





Burp.

Nak elak sembelit selalunya pagi i kasi carbs la , petang kasi yang buah2. So balance lah makan harian dia. 

Tu je. 




Senin, 14 September 2015

Semua Dari TV Je!

Hi..


Seriously i sangat excited masa diundang ke majlis pelancaran Sharp untuk produk AQUOS Ultra HD 4K TV . Ok 'android tv', rasa macam i baru tahu je. Dunia makin canggih, yaddahh yaddahh. Android, makanya boleh google semua dari tv lah kan ? Youtube, movies online, games etc boleh lah kan ? Omaihhh. 



3 series baru diperkenalkan oleh Sharp iaitu the UE630X series, the UA330X series and the LE275X series . Ketiga2 series tu datang dengan DVB-T2 digital tuner that offers viewing in digital clarity. Direka sejajar dengan teknologi Jepun . 

Untuk AQUOS LED TV ni ada 3 range which is :



1) Premium range: UE630X series.  Yang premium ni paling best. 
- Size yang ada is 50, 58 dan 65inch. 
- 4K/UHD Resolution with 4K Master Engine Pro . Gambar sangat terang ya jangan main main. nm
- Rich Colour (14% improvement over previous flagship 4K model) . Warna memang sangat terang dan sharp. So kalau tengok movies and main games memang best lah sebab clear gila. 
Powered by AndroidTV™  ! So kita boleh tengok movies , games or rancangan tv in 4K Ultra High Definition quality.


Korang boleh tengok dulu video kat sini:




Yang paling syok tu, pengguna boleh guna 'voice search'. So hanya perlu cakap any favourite tv show directly pada remote control khas . Kadang2 ada fav show yang kita nak tonton cepat nih tapi tak ingat pulak di channel mana so sebut je nama movie apa2 then terus akan direct di screen. Woww tak. 


Remote sakti.


Camni..


Saja tutup mata. Feel sikit nak cari fav show.

See cari game, keluar ah game. mehhheee.

Pastu i yang cari orang lain yang sibuk main. Erghhh Jack.
I yang suruh remote sakti cari game, orang lain yang melebih2 ehhhh.
Ada android gaming. Sesuai untuk penggila game ya. Pasni takyah main game kat handphone je, boleh mengadap screen besar camni baru lah puas !

Yang paling i suka sebab ada Google Cast so pengguna boleh cari dan tonton apa2 show yang kita nak terus dari tv ni. Samada show dari Android atau iOS device terus ke tv. Awesome gila. Yang ni I suka sebab suka tengok movie online selama ni tapi tak puas la tengok kat laptop kecik nih hergghh.

2) Range yang kedua pulak is Advance range: UA330X series :

- Size yang ada is 40, 50, 58, 65 inch.
- 4K/UHD with 4K Master Engine
- Rich Colour (14% improvement over previous flagship 4K model)
- Digital Tuner DVB-T2 (Watch in digital clarity)

3) Siri yang ketiga is LE275X series 
- Sizes: 32, 40, 50, 58, 65 inch
- Wide Colour (better green and red)
- Digital Tuner DVB-T2 (Watch in digital clarity)
- Multiple connections (via HDMI, USB and MHL to all your AV devices & smart gadgets)



Above all spec and kecanggihan yang ada, for me harga tv yang Sharp keluarkan ni sangat affordable. with 14% of color improvement from pevious model tv yang Sharp keluarkan. Since now dah jadi trend , pengguna basic LED tv beralih ke 4K/Ultra HD and with Smart TV functions. Dari tv boleh google , buka youtube, fav movies, main games online, semua boleh. 

Harrr so kalau korang nak ambik tahu lebih banyak tentang teknologi-teknologi yang iols mention di atas, boleh layari website di bawah:


Global 4K Andriod:


So yayy !




Jumat, 11 September 2015

Dunia Glamour

Hi

Entah lah. Dah berapa lama delay dah photoshoot untuk Luminous Series. Dah 4 bulan jual tapi official website pun masih belum siap. Lepas ni akan ada cosmetic pulak, semua import dari Italy dan organic. yaaaa mari guna produk organic. Plan nya banyak tapi sebab terlalu hectic dengan anak2 segalanya jadi tertangguh.Rasa liat sangat nak angkat buntut pergi studio dan photoshoot. Rasa cam berat hati nak tinggalkan jejaka2 tampan nih. hoihhh 

So yeah , delay delay delay. Maka tetiba kena rasuk ke apa terus contact jurumekap dan studio untuk shoot dengan pantas. Brand tengah grow then akan ada marketing team  untuk push tapi gambar produk proper pun takde lagi ? Nasib baik MUA and photographer free kalau tak maybe tahun depan pun tak settle.

The thing is semua i kena settle sendiri.I la director, susun account i la susun stock, i lah model, i lah duta hahahh gila kuasa . Then i told the photographer, actually i malas nak photoshoot sebab tak suka tampil sangat. Prefer berdiri belakang tabir dan takde sape tahu. Malas nak glamour2 sangat. Biar la model yang glamour masuk tv interview smua. I cam suka belakang tabir je hehh. Rasa cam em kertu.


Ok la makeup ni. Natural je. Bulu mata palsu tapi nampak  natural gak. I guna khidmat Shermaine from Makeup Ideal. Dia punya makeup sangat tak melebih. Kenal dia masa photoshoot untuk ambassadorship Lacelle Bausch + Lomb tu. Harga pun tak mahal.

Em memang takde la nak shopping ke apa2. Baju tshirt pakai kat rumah je I pakai. Nampak tak tahap memang malas tuh ? Kalau zoom siap ada bekas air Milo tumpah hahaa. Macam takde semangat. Tu la elok sebenarnya pakai model je. Suka tengok orang photoshoot2 tapi bila sendiri cam malasnyaaaa arghhh. Tshirt pun collar dah celoreng2 regang masuk washer machine. ahahaa. Betapa xde mood nya. Orang nk photoshoot produk sendiri patutnya excited lah sikit...i memang sumpah malas. Maybe sebab penat sangat kot. T_T

Bila dah jadi mother of two ni rasa syok duk rumah je belek diorang, suap makan and main2 baca buku buku dukung. Tiba2. Dulu teringin nak jadi runway model suka glamour2, cita2 pun nak yang meletop2 je kibas2 je bila jalan stewardess, model lah mak segala cekadak la nak glamour weheee. Now banyak peluang untuk push gila glamour tapii bila dah ada anak, dapat offer iklan tvc ke rasa macam x sesuai dah, rasa dah tak kuasa dah. Seronok duk rumah je. T_T . 

Ini lah Shermaine. Baik sangat. Tak lokek ilmu makeup. Kalau tanya2 cara makeup smua dia bgtauu. Nanti minggu depan nk photoshoot concept pulak. T_T . 

Bila dah jadi mak ni, banyak perkara berubah. Rasa macam seronok duk dengan anak lagi even penat gila. Malam tu kalau baring, memang akan tidur terus. Tak berani nak baring selagi Adam belum tidur sebab takut i terlelap and tak daya nak bangun lagi mehee. Kang terlelap. Adam cucuk2 suruh bangun. 

Bila dalam dunia motherhood, happiness tu dah bertukar. kan ?


Toodles.


























































Senin, 07 September 2015

Awak Buat Apa Kat Rumah ?

Hi

I tak sangka hidup boleh se busy ini. Beriya i clash putuskan hubungan dengan dunia architecture untuk mengelak dari gaya hidup yang hectic tak tidur malam terutamanya. Memang takde hati la sambung nak part 3 ke 4 ke 10 ke apa tak hingin. Orang tanya, "buat apa kau sambung master namee?" .Saja suka hahaa man tahu untuk masa depan ke. So yeah i decided untuk jadi housewife dan bekerja dari rumah saja. Lebih relax. Bak kata my dad "elok la kerja dari rumah. Lebih practical. Boleh tengok anak2 membesar sambil buat kerja"


"Lebih practical?" "Lebih relax.". Ok laka laka. Bila dah lalui hah amek kau. Clients pun cam pelik dengan i , how come nak keluarkan invoice pun amik masa lama gila ? Hello perempuan ni bukan surirumah ke, what the hell mintak invoice lama benar baru dapat. Srious weyh, i kesian gila dengan client yang dah pending ni. Minta benda simple tapi lama gila baru dapat dr I. Sian kan sape bekerjasama dengan wanita sendu camni.


Busy macam mana tu ? Susah nak describe. Dari pagi, ok terus set lipat kain kat ampaian. The best way untuk maintain baju is basuh hari2 and lipat hari simpan dalam almari terus. Kalau kumpul2 delay mesti baju berbukit so yeah so kena buat hari2. Tu pun kalau anak meragam2 memang tak dan la nak lipat baju yang 10 helai je pun. Bila anak-anak celik je mata, yang ada perangai pelbagai ni ..dalam kepala dah nak kena susun strategi.


Macam my case, Adam n Noah ada different character. Adam bangun lewat setengah jam dari Noah. so bila Noah bangun kul 8 , I akan terus mandikan dia pastu rapikan katil then settle bawak Noah turun bawah. Turun bawah memang just nice Adam plak bangun. Adam ni perangai moody sikit, bila bangun tdo nak kena amik mood dulu. Tak boleh terus ajak mandi kang sampai ke malam dia punya moody. So yeah nak kena dukung2 dulu. PAdahal dalam hati ni , haihh cepat lah anakkk amik mood happy tu laju sikit. Nak kasi mandi.


Nak kasi mandi satu hal lagi, bukan terus masuk toilet curah2 mandi.  Nak kena slow2 dulu attract dengan botol , ajak main2 bubbles dulu baru la happy nak mandi. Nak gosok gigi pun berperang. Dah makan, so kena gosok gigi okay no excuse ! Pe'el anak ni lain2. Adam plak kalau jenis tegas2 sangat nanti sampai ke sudah dia mengamuk teruk. Sambil mandikan, Noah duduk dalam walker dulu. Nak pakaikan baju satu hal jugak, lari sana lari sini. Memang kejar mengejar.


Dah siap mandi, susukan Noah then Adam memang i saja tak bagi susu dulu. Nak bagi lapar, satgi nak suap makan. Dari kul 8 tadi, sampai kul 10 baru settle budak2 ni secara sejahtera melayan pe'el diorang. Eh kejap je 2 jam masa berlalu . 2 jam berlalu begitu saja tapi percayalah i tak sempat  nak duduk2 pun. Lepas settle Adam and Noah susu terus gi dapur standby nak masak makan apa kat Adam. For Noah mudah sebab dah masakkan puri awal2 buat frozen so bila nak bagi makan just stim / kukus balik je.


2 jam berlalu. Bila masa woih ?


Makanan Adam memang nak kena fikir lain2 hari sebab cerewet makan. Anak2 pe'el lain. Masak makanan Adam yang simple je tapi berperang gila kat dapur. Dengan Noah merengek nak dukung . Dengan Adam pun menyampah dengar suara adik dia nangis so dia pun join sekali. I biar je Adam main periuk2 belanga kat dapur sambil i masak tapi bila dia nampak Noah saja je dia baling periuk kat adik dia. Dah lagi satu hal pulak. Masak benda simple pun boleh jadi berjam. Potong bawang sikit, jagi berlari jap tengok Adam buat Noah. Kadang2 letak Noah duk dalam walker pun berperang gak sebab Noah suka sangat sondol walker dia laju2 langgar Adam. Tengah nk tumis apa2, kang dengar la bunyi macam2 dia tolak tv jatuh pulak dah. Tumbangkan kipas, mace mace mu nih.


Masak pun dah sejam lebih campur dengan pe'el dua dua ni nak berdukung. Masak sambil rapikan dapur .Apa2 perkakas yang guna terus cuci , senang pastu boleh settle benda lain. Ok settle masak.


1 jam 30 minit berlalu. Tetiba 1 jam, bila masa woih ?


Ok dah pukul 1130 pagi. Terus suap makan. Suap makan pun sekaligus. Dua dua duk depan, nganga mulut nak suap makan. Nak suap makan pun berjam2 dua dua  orang ni. Biasa lah, makan sambil tengok sana tengk sini. Japgi lari sana lari sini. Kunyah pun kejap laju kejap main2 . Noah skang kuat makan, sekali dengan makanan Adam dia nk makan. Makan saja dekat sejam . suap makan saja ya sejam.



Puri potato for adik, nasi ayam and carrot puri for Adam.


I suap makan dua baby ni sekaligus je. Adik makan puri , abang makan nasi bubur atau nasi berlauk kuah dengan puri sayur. Adam jenis taknak makan sayur langsung, so harhar i buat jadi puri tapi takde rasa sayur. mehee so dia xtau la tu sayur . tipah tertipu. 


Dah sambil makan nak baca buku pulak Adam ni.Ni yang buat proses suap menyuap ni jadi berjam ni. Kalau tak layan kang taknak makan pulak.



1 jam berlalu. Bila masa woih ?


Tiap kali makan , memang bersepai la makanan. Lepas tu nak bersihkan balik apa yang tumpah2 tu. time ni memang terus cleaning la. Pulak my son ni ikut i, jenis kulit sensitive takleh kena habuk. Kalau kena habuk memang gatal2 la.So nak taknak memang kena vakum la n mop yang tumpah2 tu. 


Tetiba dah habis lagi 1 jam. 


Noah pun dah nangis2 , dah kenyang makanya mengantuk la. Time nak bagi tdo memang struggle gila lah. Nak bagi tido Noah, time tu jugak la Adam nak ajak baca buku. Dah macam mana mulut ni nak bersikir tdokan Noah . Bergilir2  , kejap zikir2 kejap A Alligator, B bat, C cat...japgi sambung zikir balik. makan setengah jam jugak lah i duk mengadap Noah nk tdokan. Selama Noah tdo tu la , time Adam ajak main toys and baca buku. 


Stress betul bila adik dia dah tdo, then Adam menjerit sampai adik dia terkejut. Pastu dah pukul 2 or 3 , Adam pulak menagntuk nak tdo. Gilir2. Bila adik dia tdo, Adam celik ajak main. Bila Adam tdo, Noah celik ajak main. Adam pulak bangsa tdo terjaga2, nak kita tepuk2 jugak sekali sekala. Malam pun camtu la setiap sejam bangun, I naik pening dah kepala. 


Then bangun tdo, makan petang pulak. The same process macam bagi makan pagi tadi. 



Tup2 dah pukul 6 petang. Dah nak siapkan mandi untuk malam pulak. 




Dah macam mana nak cuci periuk sambil baca buku. Kerja memang terhenti2 la.Jap baca buku, jap sambung kerja.

Tetiba hanya tinggal suku hari yang tinggal. Kul 10 dah nak bagi tdo. Itupun lega sebab Noah , husband handle bagi tdo, and Adam i bagi tdo. Lepas time tu lah fikir nak buat kerja pulak. "Kerja" tapi yang bezanya office hour after 12 sampai kul3 pagi.


Cepat masa berlalu. Hari2. 


Sebab tu ah soalan "Awak buat apa kat rumah?" tu sensitive. Masa memang tetiba sangat berlalu. pulak apa2 aktiviti nak kena barpandukan mood bayi2 manis ini. Kalau tantrum seharian makanya seharian la melayan.



So far alhamdulillah husband tak pernah tanya soalan sensitive "awak buat apa kt rumah?" and jenis yang cuba nak bantu. Kutip baju basuh, siap sebelum gi kerja sidai kan. Amik sampah buang and ngasuh anak. 
For my case surirumah yang bekerja dari rumah ni pun mana ada masa nak mengadap laptop pun. Kerja pun buat lepas tengah malam anak dah tdo . 

Pagi pernah cuba2 nak selit nak reply email client ke apa ...maka inilah terjadi bila banyak benda sangat in mind.



I lupa yang Adam dah tinggi so boleh capai laptop atas meja. Ditariknya makanya jadi lah begini. Nangis please. T_T

Siapa yang duduk rumah , faham la apa yang kome lalui hari2. Nampak macam takde apa2 pun nak buat mungkin golek2 saja dengan bayi.  Tapi cuba try test manage sehari...hehehhhh.