Kamis, 30 Juli 2015

#Life Update : Lega Hati

Hi

Lega hati, paru2, hempedu, organ dalaman, rahim, ovari , pankreas, tiub esofagus. Semua lega hahaa sebab dari minggu lepas dah ada staff yang handle Luminous. Bagi gaji tinggi biar semangat sikit dia kerja hahaa . Staff pun adik sendiri so tahu dia nak beli laptop , kereta baru tuuu hahaa. So agak lega la bila ada staff yang uruskan. Nak layan customer mesti nak layan elok2 tapi i tak boleh buat dua2.

Anak tengah nak membesar n makin manja makin banyak pe'el. So memang nak 100% tumpuan. Selama sebulan i urus Luminous Series sorang2, setiap hari tidur kul 3 . After anak tdo baru boleh bungkus parcel semua. Pagi pun kejap2 lari dapur reply wassap hehe siap ada customer marah nape lewat reply. hiks tanjat titeww. Beratus wassap beribu conversation, memang perlu mengadap je hari2. 

Demi nak buat yang terbaik untuk both, I kena ada pembantu.Nasib baik la adik iols cuti sebelum nak proceed sambung master ni so dia kerja la dulu. Fuhh fuhhh so Luminous pun boleh jalan lancar, I jaga anak. I jaga bab marketing je and teruskan kerja blog. Sebulan lepas deadline semua kelaut dah untuk kerja2 blog ni . Nasib baik I dah habis belajar, so memang beban atas bahu tu dah  hilang. Beban beg Umobile yang i selalu bawak gi kelas tiap minggu tu dah hilang. hahaa. 

Sian kat anak sebab diorang tak kisah pun berapa banyak mak bapak dia earn tiap bulan. Yang penting aku nak peluk manja nak makan susu tidur.So yeah., itu kerja sebenar I. Alhamdulillah Luminous dah stable, ramai yang repeat order berkotak2 sebab serasi dengan skin . Marketing pun tiap malam sebelum nak tidur tu sampai terlelap. Mati lah kalau esok tak bangun mati dalam duniawi je duk fikir business . T_T

Buat masa ni belum buka agent and dropship lagi sebab I handle alone so bila ada agent n dropship i nak jaga askar ni baik2 . Taknak la hire agent pastu biar diorang sorang. Takmau2 , we work as a team and friend tau. Sekarang stock cepat habis so kalau buka agent nnti lagi laju pulak kang sebab stock order dr Italy so makan masa nk ke Malaysia.Haritu 3 ribu stock licin . Alhamdulillah dah makin ramai guna and repeat. Terima kasih banyak2 sebab sudi cuba Luminous then repeat order bagi mak sedara mara semua.

Lepas ni insyAllah ada foundation pulak . Ni tengah test foundation and tengah deal harga untuk dapat murah sebab i nak jual harga mampu milik tapi kualiti macam produk mahal. Sebab order dr italy so yeah kena buat muka kesian sikit nak mintak murah dengan mat saleh tuh. T_T . 

Ok Adam dah gayut kat iols. Nanti bebel lagi. hehehhh. 

Kalau nak tengok tesimoni boleh follow fb : Luminous Series , Instagram : Luminous Series 



Dulu dan sekarang lepas guna produk 100% plant extract Luminous . Dah restock ya skincare ni. Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut boleh wassap terus Fira 016 250 9143




Wassap : Fira 016 250 9143

Senin, 27 Juli 2015

Flawless Makeup In 3 Minutes !

Hi

Pakai la makeup mahal ke murah ke, kalau teknik tak betul mesti foundation or BB cream barcapok. hewhew. Even guna jari pun tak sempurna sangat. Tak setiap pelosok skin tu rata dengan foundation. Akan nampak obvious bila berpeluh la cam titik2 .I dah pernah guna jari, sponge, cotton tapi tak smooth. Kalau nak fundation smooth , sila guna berus foundation yang padat. Ni pun i belajar dari jurumekap kat Sephora. Dia kata guna berus je boleh dapat hasil yang betul rata. 

Guna berus and ratakan kan muka dengan circular movement. Brush tu pusing2 kat skin. haha taktau nak guna ayat camne ni. Tapi yang penting brush foundation tu kena yang jenis padat tau ! Kalau guna brush akan dapat hasil smooth gila, beza kalau guna jari akan nampak cam stroke stroke. So yeah guna brush okays. Satu cara untuk jimat makeup jugak hahaa, guna la Face Luxe Brush ni, satu pump dia boleh ratakan the whole face. So tak bazir.

Face Luxe Brush by Breena Beauty ! Harga sangat murah weyh so i prefer this one instead dari Sephora punya kecik je. Ni bigger sikit. boleh guna untuk apply foundation or any powder !

See the brush padat and halus2. 

So dua benda ni is a must lah di kala i kelam kabut. Kat rumah memang tak sempat nak bersiap dengan baby2 ni lagi. so dalam kereta la i macam orang gila bersiap . Tapi lebih confident sebab tahu result dia akan smooth. Pernah one time i kelam kabut siap dalam kereta so guna jari je hahha pastu dah habis event baru sedar yang makeup tak rata huwaa sampai skang rasa "sakitnyaaaa tu disiniiii" . Malu woi. 

Jeng jeng. Dalam kereta. Ready get set go ! Kereta tengah huyung hayang pun takpe ya.

Kening macam gansgter akibat jatuh toilet berjahit pun takpe ya, yang penting faountaion i rata meletop !! Kalah Diva AA.




Ni da habis dah tapi saja nak posing hahaa. Gigih kan orang tua ni nak selfie. Takdela, nak tunjuk hasil dia ! Jangan meluat uols.


Camni ! Smooth je, lepas i guna foundation i guna brush jugak untuk apply loose powder. Nampak natural je. 

So faham tak nih, sila guna berus pastu jangan beli yang mahal2. I prefer Face Luxe Brush by Breena Beauty ni sebab harga murah tapi kualiti tinggi. Boleh beli dari website terus je senang. Tak sabo nak tunggu brush dia yang lain. Best best ! 









Sabtu, 25 Juli 2015

'so sweet'

Hi

Dah tak ingat when is the last time me and husband tidur sambil pegang tangan. Menggediks cam belangkas. Em maybe dari awal kenal dah berat sama dipikul ringan jinjing sama sama, we are so BFF. Kadang2 husband balik kerja , dia nak tdo petang jap pun iols kena teman. Iols taknak tidur petang tapi kena jadi tunggul kat sebelah so that dia boleh pegang. Dapat pegang baju celah jari kaki pun jadi ah sambil i duduk lipat baju atas katil. 

Tapi lepas Adam and Noah lahir, I dah tak ingat dah bila last time we both lovey dovey mengada2 to each other. skang hanya hal anak saja, Tahi kuning coklat , texture camane pun jadi topik penting. Tak sempat, takde time. 2 years of marriage , already 2 kids and how lah. Bila terserempak kat dapur, cepat2 i love u peluk ok bye . hahahh. Even kita dah tidur asing tilam ya. Isham with Noah, me with Adam. So yeah no me me time. Dah lama tak tengok wayang. 

Kepala I dah huru hara dah. Haritu tak tutup paip air, rupanya dah 2 hari tak tutup. Nak pakaikan Noah baju, I sarung baju kat kaki dia. Nak buang pampers dalam tong sampah, I buang handphone sebab kelam kabut sangat. Japgi sorang nangis, sorang pun sama. Huru hara sangat and banyak benda in mind. Susun nak buat apa pasni , pastu pasni pastu. Dengan keadaan dua2 menjerit sampai tahap i takleh berfikir dah.

Kelmarin pukul 530 pagi Adam terjaga sebab nak susu, then after Adam tidur balik iols terus naik atas fikir nak gosok kemeja husband , esok dia kerja. Selalunya tiap minggu gosok sekali arung tapi since baru mula business skincare Luminous Series and busy gila so routine menggosok baju tersasar dah. So bangun ah kul 530 pagi tu terus naik atas gosok baju.

Tengah nak gosok, tengok spray air dah habis. Pastu dengar cam Adam nangis kat bawah , cepat2 i lari turun bawah balik. Then Adam dah settle down, iols naik balik...tengok tempat spray air tu dah penuh.


'so sweet' husband tolong isikan spray air ni. hiks 

Eh  eh, ni mesti Isham tolong isi kan air ni.  Terus rasa sweetnyaaa suami aku ni. mesti dia hargai isteri dia bangun pagi untuk gosok baju dia. Iols pun terus semangat nak gosok semua 30 helai stock baju mingguan dia. Gosok baju sambil senyum2  happy sangat iolss suami sweet camnih. Hati berbunga2 iols. Nampak kelibat Isham lalu dari bilik sebelah , I senyum ah tanda hargai and macam senyuman terima kasih la sebab isi kan air spray ni.  tapi dia buat muka cam 'apehal bini aku sengih2 pagi2 buta ni" . cececce dah buat benda sweet nak malu2 pulak khenn.

Pastu bila tengah gosok baju kedua, then baru teringat sebelum i turun kelam kabut nak tengok Adam nangis kat bawah tadi I gi kencing. Lepas kencing tu i terus isi air botol tu.

So sebenarnya iols yang isi spray air botol. Bukan husband. tapi i lupa sebab so many things in mind. 

HAHA. Pastu feeling2 suami nak surprise. 


Gila pathetic hidup kau namee. 


T_T




Dulu dan sekarang lepas guna produk 100% plant extract Luminous . Dah restock ya skincare ni. Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut boleh wassap terus Fira 016 250 9143




Wassap : Fira 016 250 9143

Penyelamat Setiap Hari !

Hi



Salah satu urusan harian yang memang takleh tinggal is bersihkan rumah. Bila ada dua babies means memang kena jaga kebersihan sebab habuk and kotoran boleh buat baby sakit. That is why la i strict sikit bab kebersihan . Plus Adam suka makan sepah2 then lantai bersemut. Bila semut gigit dia tahu pulak marah hahahaa. So i got no choice, memang lah kena bersihkan rumah hari2 !



VACUUM cleaner ! Yes I need vacuum cleaner . Nah ni vacuum cleaner paling memudahkan hidup. Toshiba vacuum cleaner model VC-GC33BSA . 

  Satunya vacuum cleaner Toshiba model VC-GC33BSA Santa ringan. Cuma 2.8 kg aje.. So nak angkat gi mana2 senang. Kecik and ringan. Memudahkan I nak angkut gi mana2. Kecik dan ringan, budak pun boleh angkat ! 

Vacuum Toshiba model VC-GC33BSA yang didatangkan khas dengan design yang boleh stand macam tuh. So lebih kemas bila nak disimpan. Takdela bersepah2 wayar atau tiub tuh. 

Hand switch and easy power control. Ada 3 level power control .Remote control kat bahagian pemegang so senang nak capai. Takyah nak terbongkok2 bila nak tukar level. Off min/mid dan max ! 

Kedua , kuasa 'DUAL TORNADO SYSTEM" . Sedutan dia sangat power ok. Nak2 kalau rumah yang jenis suka letak carpet, habuk2 and mites yang tersembunyi susah nak bersihkan. So I try vacuum  carpet kat rumah I selama 1 minute. 




Nak buka dust container pun senang ! Tekan je button push. Then container tu terbuka dengan kemas. Habuk tak bersepah .


Then after 1 minute,  i check in the dust container..
Nampak tak...ni dalam masa seminit je I try vacuum carpet tuh. Kalau tengok dr mata kasar, carpet tu nampak bersih je, Takde pasir atau debu tapi bila cuba vacuum guna vacuum Toshiba nih....wahhhhhh gila lah. Dalam segala pelosok carpet tuh dia sedut ! Baru seminit, kalau seluruh carpet tu agaknya dah penuh dah dist container tu sebab habuk yang kita memang tak nampak langsung ! Kiranya kuasa sedutan Dual Tornado System ni sangat hebat in sedut habuk sampai ke dalam carpet !


Nampak tak habuk yg bergumpal tu ? Dalam seminit je dapat kumpul gumpalan habuk tu. Sedutan vacuum ni memang kuat , DUAL TORNADO SYSTEM !

Basically, vaccum model Toshiba ni ada 4 kepala :
1) Untuk carpet and lantai. Floor head with revolving brush.
2) Round brush untuk bersihkan sofa atau celahan kerusi.
3) Kepala yang lebih narrow untuk bersihkan pelosok sempit.
4) Futon brush, untuk singkirkan bed dust dan mites. 


1
Floor head dia ada clean flooring revolving brush. so kalau nak vacuum lantai pun takde masalah and jangan risau takkan calar punyaaa.


Smooth ride gituu !

Carpet or lantai ? No problem !



2



 Segala celah contoh macam kerusi rotan kan susah nak bersihkan so bila ada berus macam ni senang. Sambil berus sambil sedut dengan kuasa sedutan Dual Tornado System tu !! Wahhh memang licin !

3


Kepala yang lebih narrow dan muncung. Khas untuk area yang memang tak boleh nak selit contoh macam celahan tingkap yang ada grill macam ni. 




4
Kepala with futon brush. 

Atas permukaan sofa atau katil. Bila tengok dengan mata kasar nampak macam bersih je kan padahal banyak bed dust! So futon brush ni bantu untuk remove bed dust tuh !


Boleh adjust kepanjangan holder tuh.  Nak vacuum bawah sofa senang sebab takyah bongkok kan badan .


dan yang paling penting sekali....
Terbukti secara saintifik, boleh mengurangkan pendedahan terhadap hama dan habuk ! So sesape yg allergic dengan dust atau ada resdung ke akan hidup dengan aman ! haha.



Say yayyy to vacuum cleaner Toshiba model VC-GC33BSA ! Senang gila hidup i. Nak vacuum pun cepat.Bunyi pun tak bising sangat. So time anak tidur pun i boleh vacuum !

Kalau nak tau lebih lanjut lagi, boleh layari kat sini..




Toodles 

Sabtu, 18 Juli 2015

Selamat Hari Raya!

Hi

Selamat hari raya hey hey heyyyy . Wahh pantas update blog, yeah yeah memang tiap tahun camni. Raya pertama je ada pergi mana2 itupun sekangkang kera je. Entah betul ke tak eja sekangkang kera kiranya satu kangkang kera ke entah camne . hahaa tapi selalu dengar orang cakap . hihihh.Raya pertama macam biasa la beraya rumah mak bapak iols yang satu kangkang kera tu. Tapi i punya semut punya kangkang kot. 1 minute journey je haaa my parent stay taman sebelah je, i sebelah. hehhh

This year meriah gak sebab semua family beraya Seremban. Ramai sedara dah pindah Seremban pun hehehe. Semua dah muak stay KL hewhew so masing2 beli rumah kat Seremban and pindah sini. Seremban sangat best lah , dulu masa mula pindah menyumpah2 sebab poyo kan hahaa konon subang Jaya paling cool oh. Seriously Seremban is the coolest. Pastu excited ada dua kenit Adam and Noah hehe.


Pagi2 kejut dah mengamuk. Adam ni susah sikit nak tolerate. Perlu masa sikit nak bawak berbincang. Kalau terus kejut and terus ajak mandi memang takleh ah. Kena dukung pujuk2 dulu. Em sejam kot. T_T . Asalnya nak pakaikan satu set dengan sampin tapi kesian pulak macam menyeksa anak. Tengok pun tahu dia x selesa and akan panas nanti. So tukar seluar skinny cut hahaa.


Noah kejut terus sengih ok jom mandi sengih2. Baju melayu Noah n Adam baru beli kelmarin hahaa. Entah la I punya perangai memang camni semangat tu kemudian. Tak excited, maybe ikut perangai my dad.  Tak berapa excited untuk segala hal sangat. T_T


Ni baru lah dapat nak mandi pakai baju lepas husband balik solat . Itupun meraung2 dah babies kat bawah sebab mencari iols. Tak sempat nak makeup ke apa. T_T . Baju beli last minute kat Isetan KLCC jenama Asha Karim ke apa nama dia. So nampak kenan beli jelah. Memang jenis bukan nak tempah2 sangat. Huduh perangai. Ok next year nak pakai sedondon so azam baru tahun depan nak tempah baju . 




Terus gi umah my dad and mum ahh yang satu kangkang semut tuh. hahaa. Taman memang sebelah2.  

Noah cool je padahal dah ngantuk gila ni. 




Rumah ma n pa jamu makan dulu so semua berkumpul kt rumah we olls dulu.


Pastu terus gerak gi rumah my nenek belah ayah. 



 Camni lah raya Adam.Bukan kira apa, sibuk nak pegang tayar. Nasib baik lah tak pakai kan sampin semua. T_T

Then after second house Le babies dah nampak cranky nak tdo so balik rumah tdo duluuu. Ada dua rumah lagi perlu pergi tapi sempat singgah je sebab Adam dah mengamuk. Gitulah ceritanyaaa. hahah.  Our simple raya. 





Selamat hari raya korang !!



Rabu, 15 Juli 2015

Cara Mudah Halau Nyamuk

Hi

I paling risau betul gejala demam denggi ni. Susah nak kawal sebab nyamuk aedes sangat tiny and macam mana nak halang the tiny cruelest evilest mosquito dari menganggu hidup kita woih ? Sekali gigit je boleh bahayakan nyawa orang. Serious, ini sangat serious. Dah berapa kali I type perkataan serious. Sebab ni antara hidup dan mati. Tak dapat imagine if Adam atau Noah kena. Sedihnya.

Kena serang selsema pun I dah sedih sangat tengok . apa lagi kalau demam denggi. So I prefer kurung diri dalam rumah je untuk protect diorang tapi kesian pulak sebab boring. Emm, once in a while , bawak jugak diorang main kat luar kawasan rumah. Walaupun jiwa meronta2 risau kalau ada nyamuk aedes yang datang dekat. Tapi 5 minute je pastu i suruh masuk rumah hahaaa. Pity Adam ah. Kalau boleh kurung Adam and Noah dalam sangkar kelambu tu lama dah i buat haha.

Then haritu pergi pharmacy ternampak Tiger Balm Mosquito patch ! Like omaihhh ,terus tergelak kat diri sendiri sebab rasa ketinggalan zaman. Rupanya ada dah 'patch' yang dijual untuk avoid nyamuk aedes .Bukan nyamuk je tapi segala jenis serangga pun anti dengan bau Tiger Balm Mosquito patch ni !

Ini dia haa ...



Mosquito Repellent Patch !





Dalam sekotak ada 10 patches. ihikss. Co banyak stock la, setiap kali nak keluar rumah atau outdoor di kawasan yang besar potensi banyak serangga and nyamuk ni no worries lagi. hewheww.  Bau yang tahan lama and dari natural ingredients ! So x bahaya for babies n kids!!


Ni patch dia. Comel je bentuk bulat camnih. Patch ni ada bau yang serangga atau nyamuk tak suka. Bau macam minyak angin camtuh, tapi bau special yang bertindak untuk jauh dari segala serangga yang tak diingini. So dari jauh dia bau dia takkan dekat. Hah padan muka jangan harap nak nikmati darah we alls. hahah

Cara nak pakai senang je, koyakkan patch tu dari pelekat then lekat pada baju. Dia ada gam untuk melekat pada baju. So pastu takde serangga atau nyamuk nak sibuk datang gigit ! For babies pun takyah dah pakai kelambu ke apa untuk avoid nyamuk. Tampal Tiger Balm Mosquito patch ni je.




Off we go to outdoor ! 

Senang kan hidup camni. hewhew. For more info boleh terus ke ..

Toodles!